Wednesday, March 3, 2010

Tahniah Dari Pemuda PBB N65 Senadin

Mohd Tinggal Abdul Hamid dipilih sebagai salah seorang Exco Pemuda PBB Sarawak 2010-2013

Tahniah buat Ketua Pemuda N65 Senadin, Mohd Tinggal Abdul Hamid yang telah dipilih sebagai exco Pemuda PBB apabila memperolehi undi sebanyak 104 undi pada Perhimpunan Agung Wanita dan Pemuda PBB Ke-12 di sini baru-baru ini. (Berita Penuh, sila rujuk Borneo Post Online http://www.theborneopost.com/?p=13546)

Tuesday, March 2, 2010

Perhimpunan PBB Ke-12

Pandi Suhaili dipilih Naib Ketua Pemuda PBB
March 1, 2010, Monday
(Sumber: Borneo Post Online http://www.theborneopost.com/?p=13546)

KUCHING: Pandi Suhaili dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) apabila memperolehi sebanyak 144 undi menewaskan Kamaluddin Affandi pada Perhimpunan Agung Wanita dan Pemuda PBB Ke-12 di sini. Sementara, Ensaring Suel dan Dr Simon Sinang Bada pula masing-masing kekal sebagai penyandang jawatan tersebut apabila menang tanpa bertanding.

Pandi menggantikan Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak menawarkan diri untuk bertanding mengekalkan jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Demak Laut Wan Hamzah Wan Paie daripada kuota Bumiputera menerima undian tertinggi sebanyak 203 undi daripada 249 undi keseluruhan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Pergerakan Pemuda PBB.

Antara ahli baru yang disenaraikan dalam exco Bumiputera ialah Morshein Affandi (186 undi), Raymund Joseph Tanin (185 undi), Radin Kadri Radin Budiman (185 undi), Hamzah Brahim (174 undi), Ramli @ Narudin Sidi (171 undi), Mohd Tinggal Abdul Hamid (140 undi) dan Kaunselor Irwan Zulkarnain Hasbie (121 undi).

Sementara bagi kuota Pe-saka terdiri daripada Stanley Sila, Petter George Segie, Thomas Romeo Christopher Tegong, Hajis Japar Labau, Ambrose Jemut Ukam, Bell Bernard Aggan dan Henry Kilah Talek. Stanley Sila merupakan ahli baru sementara enam yang lain mengekalkan jawatan masing-masing.

Keputusan pemilihan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PBB Dato Sri Mohd Afsia Awang Nassar menerusi sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda dan Wanita PBB bagaimanapun masing-masing menang tanpa bertanding dan kekal untuk penggal 2010 – 2013.

Ketua Pemuda PBB kekal disandang oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof manakala timbalannya Daniel Jubang Kanyan.

Sementara, Senator Dato Sri Empiang Jabu kekal sebagai Ketua Wanita PBB dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah sebagai timbalannya.

Naib-naib ketua wanita pula terdiri daripada Datuk Rohani Abdul Karim, Dayang Madinah Tun Abang Openg dan Elizabeth Deng.

Exco Wanita untuk kuota Bumiputera pula terdiri daripada Hanifah Saed, Hairiah Idris, Sara Udin, Dayang Raoyah Abang Adeng, Zainani Salleh, Dora Abdul Rahman, Rokiah Temben dan Balkis Abdul Wahid.

Exco Pesaka terdiri daripada Esther Mujan Balan, Livan Tajang, Datin Catherine Gramong, Jacinta Riah Meta, Phyllis Empina Tanggai, Elingia Laum dan Jenny@Jita Eyir.

Perhimpunan Agung Wanita dan Pemuda PBB Ke-12 bermula pada 27 Februari dan berakhir semalam (28 Februari), yang berlangsung di BCCK di sini.

Sunday, August 30, 2009

Majlis Berbuka Puasa


30 September 2009: Ketua Pergerakan Pemuda PBB, Mohamad Tinggal Abdul Hamid menyeru agar ahli-ahli pergerakan pemuda sentiasa aktif. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua PBB Cawangan N65 Senadin Kr Julaihi Hj Mohamad, Mohd Chee Kadir, Ajis Sepin, Nila Binti Simat, ahli-ahli jawatankuasa Induk, Pemuda dan Wanita yang berlangsung di Restoran Cafenika Miri.

Monday, July 13, 2009

TGM Pemuda PBB N65 Senadin

12 Julai 2009: "Pemuda harus memainkan peranan penting dalam memastikan generasi muda terus berminat untuk bergiat dalam parti. Penganjuran aktiviti serta penyampaian maklumat secara berkesan akan menarik minat golongan muda untuk turut serta dan seterusnya menjadikan parti sebagai saluran untuk mereka menyampaikan idea, buah fikiran serta aspirasi mereka." Seruan daripada Ketua Cawangan PBB N65 Senadin, Tuan Haji Abdillah Haji Abdul Rahim sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Wanita N65 Senadin bertempat di Mega Hotel Miri baru-baru ini.